All Articles

Situasi Terkini Gaza; 2024

Written by
Syahmi Afiq
Published on
January 2, 2024

Kenyataan Menteri Kewangan beraliran pelampau kanan Israel (The Encyclopedia of Politics: The Left and the Right states that far-right politics include "persons or groups who hold extreme nationalist, xenophobic, racist, religious fundamentalist, or other reactionary views") jelas menunjukkan niat untuk menghapuskan terus 2 juta warga Palestin di Gaza yang dianggapnya sebagai "... hotbed where two million people grow up on hatred and aspire to destroy the State of Israel."  

Kerana katanya lagi,

"If there are 100,000 or 200,000 Arabs in Gaza and not two million, the whole discourse about the day after will be different."

Komen seperti ini yang dikeluarkan oleh pemimpin tertinggi 'kerajaan' Israel seharusnya menjadi sebab besar untuk negara-negara Islam memberikan reaksi yang bukan beshe-beshe. 

Sebab ia secara jelas adalah sebuah seruan ke arah merealisasikan Nakbah 2.0 seterusnya menjayakan pelan Timur Tengah Baharu tanpa adanya Palestin. 

Seruan tersebut bukanlah kali pertama dikumandangkan oleh juak-juak Zionis ini. Bulan lepas, salah seorang menteri di dalam kabinet Netanyahu menulis responnya di akhbar harian Israel berkenaan apa yang perlu dilakukan setelah perang di Gaza selesai. Gila Gamliel, Menteri Perisikan Israel menulis, "... how to proceed the day after Hamas has been defeated and annihilated." 

Dia melabel Gaza sebagai,

"a breeding ground for extremism. It is a small area, by no means the most populated on earth, but one where for too long, its rulers have prioritized war against the Jews over a better life for their people."

Tambahnya lagi, pilihan lain untuk rakyat Gaza keluar daripada kesengsaraan perang ialah,

"... to promote the voluntary resettlement of Palestinians in Gaza, for humanitarian reasons, outside of the Strip." 

Oi untuk hang yang giat promosi solusi dua negara, kau tengok apa solusi yang ditawarkan oleh "the only functional democracy in Arabia and the Middle East." 

Menghalau rakyat Gaza dan menganjurkan negara-negara luar untuk menerima pelarian Gaza ini. Bukan lagi solusi dua negara, tapi dah jadi solusi satu negara. 

Umpama kacang lupakan kulit. Secara sedar, mereka menghalau orang asal untuk keluar daripada tanah sendiri. 

"It could be a win-win solution: a win for those civilians of Gaza who seek a better life and a win for Israel after this devastating tragedy."

Lucu dan sebenarnya menyakitkan. 

Kenyataan ini sebenarnya satu kenyataan yang diambil serius oleh media barat sehingga menyebabkan Kedutaan Israel di AS terpaksa mengeluarkan kenyataan bahawa ia bukanlah polisi kerajaan Israel kerana Gamliel tidak terlibat sebagai ahli kabinet perang. 

Serangan mereka bukan sekadar melalui senjata, tapi juga melalui mulut dan tinta mereka. Ini semua bukan sekadar seruan kerana disua mikrofon lalu mulut mereka seperti cirit mengeluarkan semua najis yang ada di mulut mereka, tapi seruan ini semuanya menjadi cerminan kepada wajah sebenar kabinet yang dipimpin Netanyahu dan percubaan mendapatkan publisiti murahan; demi mengejar undi warga Israel. 

Musuh memprovokasi saban hari, menyerang saban waktu tanpa henti. 

Kita bagaimana? 

Dah mula lupa dan penat ke tu?