Menurut Al-Dameer Prisoner Support and Human Rights Association, seramai 10,400 tahanan Palestin kini berada dalam penjara Israel. Daripada jumlah ini, 5,150 orang telah ditahan sejak bermulanya perang di Gaza pada 7 Oktober 2023.
Antara tahanan tersebut ialah:
- 85 wanita
- 320 kanak-kanak
- 3,376 tahanan pentadbiran
- 1,886 individu digelar Israel sebagai pejuang tidak sah yang ditahan dari Gaza.
Selain itu, seramai 21 tahanan telah berada di penjara sejak sebelum Perjanjian Oslo 1993, manakala 52 tahanan adalah mereka yang dibebaskan dalam perjanjian Wafa al-Ahrar pada tahun 2011.
600 tahanan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan hukuman tertinggi dikenakan ke atas Abdullah Al-Barghouti sebanyak 67 hukuman seumur hidup.
Sebilangan besar tahanan menderita penyakit kronik akibat pengabaian perubatan dan penyeksaan. Setakat ini, 292 tahanan telah meninggal dunia dalam penjara sejak tahun 1967, termasuk 55 orang sejak bermulanya perang di Gaza. Daripada jumlah itu, 35 daripadanya berasal dari Gaza.
Lebih menyedihkan, tentera Israel turut menyembunyikan jenazah puluhan tahanan yang telah meninggal dunia.
Sejak Oktober 2023, Israel telah menahan hampir 14,400 rakyat Palestin dari Tebing Barat, termasuk Baitul Maqdis, serta ribuan lagi dari Gaza.
Sumber: Al Jazeera