
Pilihan raya negara haram Israel dijadualkan berlangsung pada 27 Oktober 2026, sekali gus menjadi pilihan raya pertama sejak operasi Taufan Al-Aqsa pada 7 Oktober 2023 dan peperangan berikutnya yang menyusul di Gaza, Lubnan serta Iran.
Menjelang pembubaran Knesset, kerajaan pimpinan Perdana Menteri wilayah haram Israel, Benjamin Netanyahu meluluskan beberapa Rang Undang-Undang (RUU) kontroversi dalam usaha memperkukuh kedudukan gabungan pemerintah sebelum tempoh rasmi kempen bermula.
Pilihan raya kali ini dilihat sebagai antara yang paling mencabar dalam sejarah politik negara haram Israel, apabila tiada mana-mana blok dijangka memperoleh majoriti 61 kerusi yang diperlukan untuk membentuk kerajaan secara bersendirian. Netanyahu dan parti Likud terus berkempen dengan mendakwa pembangkang tidak mampu membentuk kerajaan tanpa bergantung kepada parti-parti Arab, manakala pembangkang pula menuduh beliau semakin bergantung kepada parti-parti Yahudi ultra-Ortodoks (Haredi) bagi mengekalkan kuasa.
Dalam masa sama, bayangan serangan 7 Oktober 2023 masih menghantui kempen pilihan raya. Walaupun kerajaan haram Netanyahu berjaya menamatkan penggal pentadbirannya selama empat tahun, gabungan pemerintah kini dilihat tidak lagi mempunyai sokongan mencukupi untuk membentuk semula kerajaan yang sama.
Menurut laporan media rejim Israel, Netanyahu percaya kesan politik daripada peristiwa 7 Oktober telah pun tercermin dalam kedudukan politiknya ketika ini. Namun, pembangkang terus menjadikan tragedi tersebut sebagai senjata politik dengan mendakwa kerajaan gagal menghalang serangan itu serta enggan menubuhkan suruhanjaya siasatan bebas bagi menentukan pihak yang bertanggungjawab.
Dalam pada itu, bekas Ketua Staf Tentera Rejim Israel, Gadi Eisenkot, muncul sebagai pencabar utama kepada Netanyahu apabila parti baharunya, Yashar mendahului beberapa tinjauan pendapat. Populariti Eisenkot didorong oleh latar belakang ketenteraannya, selain kehilangan anak dan dua anak saudaranya dalam perang di Gaza.
Beliau turut mengkritik dasar kerajaan haram Netanyahu serta membawa beberapa agenda utama termasuk menubuhkan suruhanjaya siasatan berhubung kegagalan 7 Oktober, mewajibkan khidmat ketenteraan atau khidmat negara kepada semua rakyat, serta mengurangkan pengaruh parti-parti agama dalam pentadbiran kerajaan.
Media rejim Israel turut melaporkan kerajaan sedang mempertimbangkan langkah mengehadkan kepulangan rakyat pendatang haram Israel yang menetap di luar negara kerana bimbang mereka akan mengundi pembangkang. Memandangkan undang-undang rejim Israel tidak membenarkan pengundian melalui pos bagi kebanyakan rakyat, kehadiran pengundi dari luar negara dijangka memberi kesan kepada keputusan pilihan raya.
Media rejim Israel turut melaporkan kerajaan sedang mempertimbangkan langkah mengehadkan kepulangan rakyat pendatang haram Israel yang menetap di luar negara kerana bimbang mereka akan mengundi pembangkang. Memandangkan undang-undang rejim Israel tidak membenarkan pengundian melalui pos bagi kebanyakan rakyat, kehadiran pengundi dari luar negara dijangka memberi kesan kepada keputusan pilihan raya.Walaupun kebanyakan tinjauan pendapat menunjukkan gabungan Netanyahu berisiko kehilangan majoriti, pembangkang juga masih belum mempunyai laluan yang jelas untuk membentuk kerajaan baharu. Keadaan itu menjadikan pilihan raya pada 27 Oktober sebagai penentu penting masa depan politik negara haram tersebut, dengan sejumlah kecil pengundi atas pagar dijangka memainkan peranan besar dalam menentukan siapa yang bakal memerintah selepas ini.
Sumber: al-Jazeera