Kementerian Kesihatan Gaza telah mengeluarkan senarai nama 34,344 rakyat Palestin yang dibunuh oleh tentera rejim Zionis.
Senarai itu juga melibatkan nama 11,983 kanak-kanak bawah umur 18 tahun; nama 710 bayi di bawah umur setahun yang memenuhi 14 muka surat laporan tersebut; dan nama 2,734 rakyat Palestin melebihi 60 tahun yang dibunuh oleh tentera Zionis sejak 7 Oktober 2023.
Walaupun resolusi Majlis Keselamatan PBB menggesa gencatan senjata segera, Israel tetap meneruskan serangan kejam ke atas Semenanjung Gaza.
Menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan, lebih 41,200 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, telah dibunuh dan lebih 95,400 yang lain dilaporkan cedera.
Sumber: Middle East Monitor, Middle East Eye