Kementerian Pendidikan dan Pengajian Tinggi melaporkan bahawa seramai 12,943 pelajar syahid dan 21,681 lagi cedera sejak bermulanya serangan pada 7 Oktober 2023 ke atas Semenanjung Gaza dan Tebing Barat.
Dalam kenyataan pada hari Selasa, pihak kementerian menyatakan bahawa jumlah pelajar yang syahid di Semenanjung Gaza sejak bermula perang genosid melebihi 12,943 orang, sementara 21,681 lagi cedera. Di Tebing Barat, termasuk Baitul Maqdis, 120 pelajar syahid manakala 649 cedera, dan 542 ditangkap.
Kementerian turut melaporkan bahawa 630 guru dan kakitangan pentadbiran syahid, sementara 3,865 lagi cedera di Gaza dan Tebing Barat. Lebih daripada 158 guru dan kakitangan ditahan di Tebing Barat.
Berhubung kerosakan infrastruktur pendidikan, kementerian menyatakan sebanyak 425 sekolah, universiti, dan bangunan berkaitan pendidikan, termasuk 65 institusi pendidikan yang dikendalikan oleh UNRWA (Agensi Bantuan dan Kerja untuk Pelarian Palestin), telah diserang dan musnah di Semenanjung Gaza. 171 sekolah mengalami kerosakan yang teruk, dengan 77 daripadanya musnah sepenuhnya.
Di Tebing Barat, 109 sekolah dan 7 universiti telah diceroboh, dirosakkan, dan harta benda di dalamnya turut dimusnahkan.
Sejak bermula perang genosid di Gaza, lebih daripada 788,000 pelajar tidak dapat meneruskan persekolahan dan pengajian mereka di universiti. Kebanyakan pelajar ini mengalami trauma dan berdepan dengan kondisi kesihatan serta kehidupan yang sangat buruk.
Sumber: Shehab Agency