Akhbar Yedioth Ahronoth mendedahkan bahawa 170,000 tentera Israel yang baru-baru ini kembali dari pertempuran telah mendaftar dalam program rawatan psikologi yang dilancarkan oleh Kementerian Pertahanan Israel sebulan setengah yang lalu bagi mendapatkan sokongan mental.
Akhbar itu menjelaskan bahawa sebilangan besar tentera simpanan, yang telah menyelesaikan perkhidmatan mereka selama berbulan-bulan, kini berusaha mendapatkan rawatan psikologi, namun berhadapan kritikal apabila bilangan pakar terapi sangat sedikit.
Laporan itu turut menyebut bahawa program rawatan tersebut telah menerima pendaftaran seramai 170,000 tentera, termasuk sekitar 4,000 anggota tentera simpanan, yang bertujuan untuk mendapatkan rawatan psikologi yang diperlukan.
Sumber: Shehab Agency