Menurut Pegawai Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Jenin, Bashir Matahin, sekitar 2,000 keluarga Palestin dari kem pelarian Jenin telah kehilangan tempat tinggal akibat serangan ketenteraan Israel. Mereka terpaksa berpindah ke kampung-kampung berdekatan dalam keadaan sukar, tanpa akses kepada keperluan asas.
Menurut Matahin,
Pemindahan berskala besar berlaku hari ini sebelum tentera Israel menghalang penduduk daripada meninggalkan kawasan tersebut dan meminta mereka mencuba semula pada hari Khamis.
Tentera penjajah turut memusnahkan infrastruktur utama, termasuk jalan-jalan yang menghubungkan bandar.
Gabenor Jenin, Kamal Abu al-Rub, menyatakan bahawa:
Tentera penjajah telah merobohkan jalan-jalan utama dan menghalang akses ke Hospital Kerajaan Jenin. Tembakan dan letupan terus berlaku.
Adel Besher, seorang penduduk Jenin, memberitahu Al Jazeera bahawa beliau terpaksa bermalam di halaman hospital kerana tidak dapat pulang ke rumahnya.
Walaupun rumah saya hanya 200 meter dari sini, saya tidak dapat sampai ke sana. Ramai yang cedera, termasuk doktor, jururawat dan pesakit. Ada tiga atau empat orang tercedera berhampiran rumah saya dan tiada siapa yang dapat menyelamatkan mereka. Tentera Israel menembak sesiapa sahaja yang mendekati mereka. Dua orang turut cedera ketika cuba memberi bantuan kepada mangsa.
Ketegangan terus meningkat di seluruh Tebing Barat susulan gencatan senjata di Gaza. Hari ini, genap hari kedua rejim Israel melancarkan serangan ketenteraan di Jenin.
Sumber: Anadolu Ajansi, Al Jazeera