Latest News

Stay updated with the latest developments and news


Tentera Israel melancarkan serangan artileri dan tembakan dari kenderaan tentera ke arah orang awam yang sedang menunggu bantuan kemanusiaan di Jalan Salahuddin, selatan Wadi Gaza,Gaza Tengah.

Beberapa laporan kecemasan menyatakan bahawa serangan itu mengakibatkan letupan dan tembakan bertalu-talu, menyasarkan kawasan orang awam yang tidak bersenjata.

Sementara itu, Hospital al-Awda telah menerima kumpulan mangsa yang cedera dan saksi melaporkan situasi dalam keadaan huru-hara dengan jeritan meminta bantuan memenuhi kawasan tersebut.

Kini, angka rasmi menunjukkan sekurang-kurangnya 24 rakyat Palestin syahid manakala puluhan lagi cedera, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.

Serangan ini berlaku ketika ribuan penduduk Gaza berkumpul menanti agihan bantuan makanan dan perubatan di tengah krisis kemanusiaan yang semakin meruncing akibat pengepungan dan serangan berterusan oleh rejim Zionis.


Sumber: Quds News Network Arabic

Written by
Admin
Published on
June 24, 2025