Pihak Berkuasa Penyiaran Israel melaporkan bahawa kira-kira 300,000 penduduk haram Israel akan mendapatkan rawatan kesihatan mental selepas perang.
Sejak permulaan perang sehingga penghujung Ogos 2024, hampir 60,000 permohonan telah diterima di pusat ketahanan kesihatan mental khusus untuk menyediakan sokongan psikologi.
"Jumlah pesakit di lapangan telah meningkat secara beransur-ansur dan mencecah 300,000 orang, pada tahap yang berbeza-beza akibat perang," jelas ketua Bahagian Kesihatan Mental di kementerian itu, Gilad Bodenheimer.
“330 juta shekel [$88.4m] telah diperuntukkan dalam bentuk geran untuk menyokong dana kesihatan mental untuk tahun 2024, manakala 610m shekel [$163.4m] telah diperuntukkan untuk tahun 2025.”
Pegawai Kesihatan Israel menegaskan bahawa bilangan ahli psikoterapi, pekerja sosial, doktor kesihatan mental dan ahli terapi pekerjaan telah meningkat dalam tempoh yang sama.
Sumber: Middle East Monitor, Al Jazeera Mubasher