Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) mengeluarkan laporan terkini mengenai keadaan kemanusiaan di Tebing Barat. Serbuan tentera Israel dan serangan penduduknya telah meningkat dalam beberapa hari terakhir.

Menurut OCHA:  

  • Zionis Israel telah membunuh 34 orang, termasuk enam kanak-kanak dalam serangan di Tebing Barat sejak awal tahun ini.  
  • Dalam operasi Israel yang sedang berlangsung di Jenin, 12 penduduk terkorban dan turut mencederakan sekurang-kurangnya 50 orang, termasuk daripada serangan udara.  
  • Kekerasan penduduk haram Israel di Tebing Barat telah mencederakan sekurang-kurangnya 17 rakyat Palestin, termasuk dua kanak-kanak, dalam tempoh seminggu terakhir.  
  • Pos pemeriksaan baharu dan sekatan perjalanan yang dikenakan Israel di wilayah yang dijajah telah menghalang perdagangan dan menyukarkan akses kepada kemudahan kesihatan.
  • Pada masa ini, 68% pusat perubatan di Tebing Barat hanya beroperasi dua hingga tiga hari seminggu, sementara hospital hanya beroperasi pada 70% tahap kapasitinya.

Sumber: Al Jazeera

Written by
Admin
Published on
January 24, 2025