Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Pihak berkuasa Israel memaksa tahanan Palestin yang dibebaskan dalam pertukaran hari ini untuk memakai pakaian seragam bertanda Bintang David dengan slogan,

"KAMI TIDAK MEMAAFKAN, KAMI TIDAK MELUPAKAN“

Gambar yang tersebar menunjukkan mereka dalam keadaan hina, menambahkan lagi penderitaan setelah bertahun-tahun diseksa dan dianiaya. Ramai antara mereka ditahan tanpa sebarang dakwaan atau perbicaraan—dijadikan tebusan, bukan sekadar tahanan.

Bekas tahanan Palestin yang dibebaskan telah berkongsi pengalaman mengenai layanan kejam yang mereka alami. Mereka menceritakan penderaan sistematik, termasuk kebuluran, dipukul, dan penyeksaan lain di dalam penjara Israel.

Sebaliknya, pejuang Palestin memastikan setiap tawanan Israel yang dibebaskan dilayan dengan bermaruah. Dalam setiap pertukaran tahanan, pihak pejuang memberikan hadiah kepada mereka, meskipun mereka adalah tentera atau pendatang haram Israel yang ditawan dalam peperangan.

Hari ini, selain hadiah biasa, pejuang Palestin turut menghadiahkan loket emas kepada tawanan Israel, Sagui Dekel-Chen, untuk anak perempuannya yang lahir empat bulan selepas dia ditawan.

Pihak pejuang juga membenarkan tawanan Israel yang dibebaskan bercakap secara terbuka kepada media dan berinteraksi dengan penduduk Palestin semasa proses pertukaran. Tahanan yang dibebaskan kelihatan tenang dan selesa ketika berhadapan dengan kamera.

Pejuang Palestin secara konsisten menyiarkan video yang menunjukkan tawanan Israel menjalani kehidupan seperti biasa. Semalam, Saraya al-Quds menyiarkan rakaman Alexander Turfanov sedang memancing semasa dalam tahanan. 

Menurut kenyataan dari sumber Israel, Ketua Perkhidmatan Penjara Israel, Kobi Yaakobi, yang mengarahkan penggunaan pakaian seragam tersebut.

Sumber: Quds News Network, Haaretz

Written by
Admin
Published on
February 15, 2025