Tahanan Palestin Walid Al-Barghouti, tahanan Palestin yang paling lama dipenjara, akan dibebaskan dari penjara Israel pada Sabtu ini selepas 46 tahun berada dalam tahanan.
Menurut sumber tempatan mengesahkan bahawa pembebasan Al-Barghouti adalah sebahagian daripada perjanjian pertukaran tahanan antara HAMAS dan Israel, namun beliau akan diasingkan dari bandar Kobar di Ramallah selepas dibebaskan.
Al-Barghouti ditangkap pada tahun 1978 ketika berusia 19 tahun, bersama abangnya Omar dan sepupu mereka Fakhri. Ketiga-tiganya dijatuhi hukuman penjara seumur hidup.
Sumber: Quds News Network