48 Jam yang Kritikal, Bahan Api Semakin Kehabisan
Dalam tempoh 48 jam, hospital dan kemudahan kesihatan yang masih beroperasi di Gaza mungkin kehilangan bekalan elektrik jika mereka tidak menerima bahan api yang diperlukan untuk menghidupkan alatan perubatan.
Kementerian Kesihatan Gaza memaklumkan dalam kenyataannya, “Kami merayu kepada semua institusi berkaitan, pihak antarabangsa dan kemanusiaan untuk segera campur tangan bagi membawa masuk bahan api yang diperlukan”.
Kini, hospital bergantung kepada generator yang menggunakan bahan api untuk operasi penting berikutan banyak infrastruktur elektrik yang musnah akibat serangan rejim Zionis. Selain itu, hospital di Gaza sering terputus bekalan elektrik berikutan kekurangan bahan api dan mengancam nyawa pesakit.
Sumber: Al Jazeera