Latest News

Stay updated with the latest developments and news

“Pendidikan tidak boleh dihalang. Kanak-kanak dan pembelajaran mereka mesti dilindungi, sentiasa.” Philippe Lazzarini, Pesuruhjaya Agung UNRWA.

Pelajar Palestin di Tebing Barat telah memulakan sesi baharu persekolahan semalam. Dalam satu kenyataan, Kementerian Pendidikan Palestin mendedahkan sebanyak 2,459 buah sekolah kerajaan, sekolah swasta dan sekolah di bawah kelolaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengalu-alukan lebih 806,360 pelajar di Tebing Barat dan Baitul Maqdis Timur.

Sementara itu, lebih 650,000 pelajar di Semenanjung Gaza menempuh tahun kedua berturut-turut tanpa sesi persekolahan ekoran daripada serangan rejim Zionis sejak 7 Oktober 2023. Berdasarkan angka tersebut, seramai 39,000 orang pelajar Gaza tidak dapat mengambil peperiksaan sekolah menengah mereka dan 58,000 kanak-kanak tidak dapat memulakan sesi persekolahan untuk darjah satu.

Serangan rejim Zionis di Gaza sejak 7 Oktober telah menyebabkan lebih 10,000 pelajar terbunuh dan 15,000 yang lain cedera. Pada masa yang sama, sekitar 400 orang guru turut dibunuh di Gaza dan 90% buah bangunan sekolah rosak. menambah bahawa 39,000 pelajar Gaza tidak dapat mengambil peperiksaan sekolah menengah mereka, dan 58,000 kanak-kanak tidak dapat memulakan sesi persekolahan untuk darjah satu.

Sumber: The Palestine Chronicles

Written by
Admin
Published on
September 10, 2024