Latest News

Stay updated with the latest developments and news

700,000 penduduk berdepan krisis kesihatan, proses rawatan air terhenti

Lebih daripada 700,000 penduduk berisiko menghadapi krisis kesihatan dan alam sekitar apabila stesen pengepaman air kumbahan di bandar Deir el-Balah, Gaza Tengah berhenti berfungsi akibat kekurangan bahan api, kata pegawai tempatan.

Dalam satu kenyataan, pihak berkuasa bandar berkata bekalan bahan api yang diperlukan bagi pengoperasian stesen pengepaman air telah kehabisan dan mereka memberi amaran bahawa jalan raya akan dibanjiri oleh air kumbahan dan penyakit akan merebak.

Seorang pegawai dengan jawatankuasa kecemasan bandar, Ismail Sarsour memberitahu agensi berita AFP bahawa pemberhentian operasi stesen ini akan menjejaskan lebih daripada 140 kawasan di mana puluhan ribu rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal berlindung.

Kekurangan bahan api terjadi ekoran sekatan tentera Israel di titik sempadan Gaza. Selain bahan api, bekalan makanan, air bersih serta ubat-ubatan yang sangat diperlukan turut dihalang daripada memasuki wilayah yang dilanda perang itu.

Sumber: Al Jazeera

Written by
Admin
Published on
July 17, 2024