AHARON BARAK LETAK JAWATAN SEBAGAI HAKIM ISRAEL
Mantan Presiden Mahkamah Agung Israel, Aharon Barak dilaporkan meletak jawatan sebagai hakim bagi pihak Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada hari ini.
Keputusan yang diambil dikatakan atas alasan "hal peribadi".
Barak merupakan pilihan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu bagi mewakili Israel di ICJ. Difahamkan Barak memiliki prestasi terbaik sepanjang tempoh kehakimannya di Mahkamah Agung dan setiap keputusannya sering menjadi tumpuan penting di peringkat mahkamah dan antarabangsa.
Bagaimana ICJ membuat keputusan?
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengeluarkan keputusan berdasarkan kepelbagaian perspektif undang-undang oleh 15 orang hakim dari negara yang berbeza. Kesemua hakim itu dipilih oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) dan Majlis Keselamatan PBB; serta berkhidmat sekurang-kurangnya selama 9 tahun. Demi memastikan kesinambungan perkhidmatan setiap satu daripada mereka, setiap tiga tahun akan diadakan pilihanraya untuk pemilihan hakim sekiranya berlaku perletakan jawatan atau kematian.
Ketika ini, barisan hakim di ICJ terdiri daripada negara Lubnan, Uganda, Slovakia, Perancus, Somalia, China, India, Jepun, Jerman, Australia, Brazil, Mexico, Amerika Syarikat, Romania, Afrika Selatan.
Sumber: Haaretz, The Jerusalem Post, International Court of Justice