Aktivis terkenal yang menggerakkan misi kapal Flotila Madleen ke Palestin, Greta Thunberg telah selamat sampai ke Paris. Thunberg dihantar pulang oleh Israel selepas menandatangani borang persetujuan untuk meninggalkan wilayah haram Israel.
Beliau juga berkata, pasukan keselamatan Israel telah menyerang dan menculik para aktivis secara haram semasa mereka berada di atas kapal Madleen ketika dalam perjalanan menuju ke Gaza.
Dalam perkembangan terbaharu, beliau menyatakan bahawa beliau tidak tahu apa-apa mengenai rakan-rakan seperjuangannya yang turut diculik.
Thunberg menuntut penduduk Gaza dibebaskan dan mahu penamatan segera pembunuhan beramai-ramai, serta kebuluran paksa penduduk Gaza.
Thunberg juga menyatakan bahawa kerajaan negara-negara lain terlibat dalam jenayah Israel dan pelanggaran undang-undang antarabangsa.
Sumber: Al-Jazeera, Quds News Network