"Allah Maha Mengetahui Ke Mana Kami Akan Pergi Esok"
Salah seorang penduduk Khan Younis, Ahmed al-Bairam berkata mereka tidak ada masa untuk mengambil apa-apa barang selepas tentera Israel mengarahkan orang ramai meninggalkan bahagian selatan sempadan Gaza.
"Allah lebih tahu ke mana kami akan pergi esok," katanya kepada agensi berita Reuters.
"Kami berpindah dari kawasan timur ke hospital Eropah. Kemudian ke Rafah dan kembali ke Bani Suheila. Kemudian ke Hospital Nasser dan sekarang kami baru tiba di kem Somood," kata Al-Bairam yang berusaha mencari tempat selamat untuk keluarganya agar jauh daripada serangan Israel.
"Ia sangat meletihkan. Kali ini kami tidak membawa apa-apa bersama kami. Kami tiada masa untuk membawa apa-apa harta," katanya.
"Kami tiada pengangkutan. Saya mempunyai anak-anak bersama saya dan mereka semua berjalan kaki," tambahnya.
Inilah gambaran kesulitan dan keletihan yang dialami oleh penduduk Gaza. Mereka dan seluruh ahli keluarga terpaksa berpindah berkali-kali untuk mencari tempat yang selamat agar dapat meneruskan kehidupan pada hari-hari yang akan datang.
Sumber: Al Jazeera