Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Pagi ini dikejutkan dengan khabar penutupan operasi media Al Jazeera di tanah jajahan Israel susulan daripada keputusan undian dalam kabinet Benjamin Netanyahu.

Berita itu disahkan sendiri oleh Netanyahu melalui aplikasi X pada tengah malam tadi waktu tempatan, "Wartawan Al Jazeera membawa risiko keselamatan dan mencetuskan kemarahan terhadap pasukan tentera. Sudah tiba masanya untuk menghapuskan orang HAMAS dari negara kita."

Al Jazeera menyifatkan tindakan kerajaan Israel ke atas mereka merupakan satu bentuk jenayah dan tuduhan kehadiran mereka mengancam keselamatan negara haram itu tidak masuk akal.

Tidak cukup dengan itu, pihak berkuasa Israel telah menyerbu bilik hotel di Baitul Maqdis timur yang digunakan oleh Al Jazeera sebagai pejabatnya selepas kerajaan memutuskan untuk menutup pejabat operasi Al Jazeera. Sebagai rekod, Al Jazeera merupakan stesen media milik Qatar yang dilancarkan secara rasmi pada 1996.


Sumber: The Palestine Chronicles, Washington Post dan AP News.

Written by
Admin
Published on
May 6, 2024