Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Beberapa ekor anjing dilaporkan makan jenazah rakyat Palestin yang syahid dan reput di tengah-tengah jalan di Gaza. 


Pengarah Kompleks Perubatan al-Shifa, Dr Muhammad Abu Salmiya memberitahu Anadolu Ajansi bahawa apa yang dilihatnya di Bandar Gaza, terutamanya di bahagian utara adalah satu lagi episod tragis kemanusiaan selepas sektor kemanusiaan lumpuh, selain berdepan dengan kekurangan kenderaan untuk pasukan pertahanan awam dan perubatan. 


“Ramai orang meninggal dunia di jalanan dan anjing-anjing meratah jenazah yang reput. Malangnya, tiada siapa pun di dunia ini pedulikannya," kata Abu Salmiya.
“Utara Gaza sedang mengalami bencana dan pembunuhan beramai-ramai untuk hari ke-26. Sekurang-kurangnya seramai seribu rakyat Palestin telah dibunuh dan ratusan penduduk Gaza telah cedera. Tetapi sangat sedikit daripada mereka menerima rawatan," ujarnya lagi.

Penduduk Gaza yang masih bertahan di wilayah utara terpaksa membawa jenazah syuhada dan penduduk yang cedera di belakang mereka atau di atas kenderaan yang ditarik oleh haiwan. Bau jenazah memenuhi setiap tempat dan setiap lorong di utara Gaza.


Sumber: Middle East Monitor

Written by
Admin
Published on
November 1, 2024