Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Semalam, Rumah Putih telah menolak penemuan yang dikemukakan oleh beberapa pertubuhan sebagai bukti perang Israel di Semenanjung Gaza adalah genosid. 


Penolakan tersebut berlaku sehari selepas kenyataan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken mengenai situasi di Sudan.


Menurut jurucakap Majlis Keselematan Negara, John Kirby:

"Tiada pembunuhan beramai-ramai (genosid) berlaku dari pihak Israel ke atas penduduk Palestin. Jelas sekali, seperti yang dinyatakan oleh setiausaha negara bahawa apa yang kita lihat di Sudan adalah genosid. Ia adalah penyembelihan manusia yang sistematik; secara langsung; disengajakan; termasuk rogol dan penyeksaaan berdasarkan etnik atau kepercayaan mereka. Itulah genosid. Itulah yang berlaku."

Dia menambah lagi:

"Tapi, itu bukan apa yang kita lihat di Gaza. IDF tidak bangun pagi setiap hari dan memakai but mereka sambil berkata: Hei, kita akan pergi membunuh beberapa orang yang tidak bersalah kerana mereka orang Palestin."

Bagaimanapun, jawatankuasa khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), beberapa organisasi lain termasuk Amnesty International menyiasat tindakan Israel di Gaza telah menghadirkan kesimpulan yang sebaliknya. 

"Sepanjang pengepungan Gaza, bantuan kemanusiaan dan serangan yang disasarkan, termasuk pembunuhan orang awam dan pekerja bantuan; walaupun PBB berulang kali membuat rayuan; adanya perintah mengikat Mahkamah Keadilan Antarabangsa dan resolusi Majlis Keselamatan (PBB) -- Israel jelas sengaja menyebabkan kematian, kelaparan dan kecederaan serius. Mereka menggunakan kelaparan sebagai kaedah peperangan dan menjatuhkan hukuman kolektif ke atas penduduk Palestin." 

Pada November 2024, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan mantan Menteri Pertahanan, Yoav Gallant telah dikenakan waran tangkap atas jenayah perang dan jenayah kemanusiaan di Gaza. 


Pada masa yang sama, Israel juga berdepan dengan kes pembunuhan genosid di Mahkamah Keadlian Antarabangsa susulan daripada tindakan kejam di Gaza. 


Sumber: Anadolu Ajansi

Written by
Admin
Published on
January 9, 2025