Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Arab Saudi ‘Buang’ Ayat Al-Quran Untuk Menangkan Zionis?

Pemimpin gerakan Ansarallah, Abdul Malik Al-Houthi menuduh pihak berkuasa Arab Saudi mengeluarkan beberapa ayat al-Quran tertentu daripada kurikulum sekolah untuk memenangkan Zionis.

Jelas beliau pada hari Sabtu yang lepas, Arab Saudi telah mengeluarkan beberapa ayat Al-Quran daripada buku teks, khususnya ayat-ayat yang berkaitan dengan jenayah yang dilakukan oleh orang Yahudi atau ketidaktaatan mereka kepada Tuhan.

Pegawai Yaman itu juga menyatakan bahawa kerajaan Saudi telah mengubah atau meninggalkan tradisi Nabi tertentu dari kurikulum pendidikan. Beliau berpendapat tindakan terkini Arab Saudi sejajar dengan strategi Riyadh untuk menormalkan hubungan dengan Israel, mengikut jejak langkah Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Sebagai rekod, keputusan kerajaan untuk mengeluarkan ayat-ayat al-Quran daripada buku teks, yang dianggap oleh pengkritik sebagai "anti-Semitik", bukanlah perkara baharu.

Pada 2021, Institut Pemantauan Keamanan dan Toleransi Budaya dalam Pendidikan Sekolah (IMPACT-se), sebuah kumpulan yang berpangkalan di Israel yang memantau subjek kurikulum sekolah, mengalu-alukan pindaan tersebut. Pada masa itu, ketua eksekutif kumpulan itu, Marcus Sheff menyifatkan perubahan itu sebagai sesuatu yang menakjubkan.

Pada tahun berikutnya, laporan organisasi itu mendedahkan bahawa sebahagian besar isi kandungan yang membawa konteks "anti-Semitisme" telah dihapuskan daripada buku teks sekolah Arab Saudi.

Sumber: Middle East Monitor

Written by
Admin
Published on
April 23, 2024