Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Arab Saudi menegaskan pendiriannya bahawa mereka tidak akan normalisasikan hubungan dengan Israel tanpa penubuhan negara Palestin yang merdeka serta menolak dakwaan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bahawa Riyadh telah menggugurkan tuntutan itu.

Kementerian Luar Arab Saudi mengeluarkan kenyataan yang menekankan bahawa kedudukan kerajaan itu kekal tegas dan tidak berbelah bahagi berikutan kenyataan Trump semasa pertemuan dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di Rumah Putih pada hari Selasa.

Trump tanpa segan silu menyatakan bahawa Arab Saudi tidak menuntut penubuhan negara Palestin yang merdeka semasa sesi sidang media.

"Kementerian Luar Negeri menegaskan bahawa pendirian kerajaan Arab Saudi mengenai penubuhan negara Palestin adalah tegas dan tidak berbelah bahagi," kata Kementerian Luar Arab Saudi dalam satu kenyataan.

“Duli Yang Teramat Mulia Putera Mohammed Bin Salman Bin Abdulaziz Al Saud, Putera Mahkota dan Perdana Menteri dengan jelas dan tidak berbelah bahagi menegaskan pendirian ini semasa ucapannya pada pembukaan sesi pertama penggal kesembilan Majlis Syura pada 18 September 2024.”

“Kerajaan Arab Saudi menekankan bahawa kedudukan yang tidak berbelah bahagi ini tidak boleh dirunding dan tidak tertakluk kepada kompromi. Mencapai keamanan yang berkekalan dan adil adalah mustahil tanpa rakyat Palestin memperoleh hak mereka yang sah mengikut resolusi antarabangsa, seperti yang telah dijelaskan sebelum ini kepada pentadbiran AS dahulu dan semasa,” katanya.

Sumber: MEMO, Anadolu Ajansi

Written by
Admin
Published on
February 6, 2025