Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Duta Besar AS, Dorothy Shea, memberitahu Majlis Keselamatan PBB (UNSC) bahawa HAMAS memikul tanggungjawab penuh terhadap perang dan penyambungan semula permusuhan di Gaza, selepas gagal memberi respons terhadap amaran Presiden Donald Trump.  

Shea memberitahu, “Trump telah menyatakannya dengan jelas: HAMAS mesti membebaskan semua tawanan sekarang atau mereka akan menanggung akibatnya.”

Beliau menambah bahawa pertempuran boleh berakhir esok jika HAMAS membebaskan tawanan dan meletakkan senjata mereka,” namun kumpulan itu berulang kali menolak cadangan untuk melanjutkan gencatan senjata.

“Kita mesti mengenali HAMAS sebagai apa adanya: sebuah organisasi pengganas kejam yang dengan sengaja melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap orang Yahudi yang paling dahsyat sejak Holocaust,” tuduhnya.  

Dakwaan membuta tuli yang dilemparkan oleh Duta Besar AS itu tidak selari dengan tindakan yang telah dilakukan HAMAS terhadap perkara yang telah dipersetujui dalam perjanjian gencatan senjata pada bulan Januari lalu. HAMAS komited dengan semua hal yang telah termeterai dan mahu meneruskan perjanjian kepada fasa yang seterusnya.

Sehingga kini, jumlah angka korban akibat serangan Zionis ke atas semenanjung Gaza melebihi 48,000 syuhada manakala lebih 111,000 dilaporkan cedera. Pihak Zionis telah melancarkan serangan darat terhad dan mengenakan semula sekatan ketat ke atas wilayah tersebut.

Sumber: Al Jazeera

Written by
Admin
Published on
March 21, 2025