Respons Ireland terhadap keputusan Israel untuk menutup kedutaannya di Dublin atas sokongan Ireland untuk rakyat Palestin dianggap 'sempurna.'
Pada minggu lalu, Israel membuat keputusan untuk menutup kedutaannya susulan Ireland mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara berdaulat dan akan menyertai Afrika Selatan di dalam tuduhan genosid di Gaza terhadap Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).
Menteri Luar Israel, Gideon Sa'ar menyifatkan tindakan Ireland itu telah mencemarkan negara Yahudi. Malah, melabel Perdana Menteri Ireland, Simon Harris seorang anti-semitik.
Pada masa yang sama, Harris menegaskan bahawa Israel tidak akan dapat 'mendiamkan' Ireland mengenai isu Gaza dengan menambah:
"Anda tahu apa yang saya rasa teruk? Membunuh kanak-kanak, melihat skala kematian orang awam di Gaza semakin meninggi, rakyat Gaza dibiarkan kelaparan dan bantuan kemanusiaan tidak dapat masuk. Saya fikir itu adalah perbuatan kejam."
Sumber: Skwawkbox, MEMO