Beit Lahiya di utara Semenanjung Gaza telah diisytiharkan sebagai ‘kawasan bencana’ apabila serangan pesawat udara rejim Israel telah membunuh lebih 100 rakyat Palestin dalam tempoh 24 jam yang lalu dan semua akses kepada makanan, air dan perkhidmatan perubatan telah terputus.
Pada hari Selasa, pesawat udara rejim Israel memusnahkan bangunan lima tingkat di bandar Beit Lahiya dan membunuh sekurang-kurangnya 93 rakyat Palestin.
Jenazah-jenazah yang dibalut kain kafan berbaris-baris dan Kementerian Kesihatan Gaza memaklumkan bahawa sekurang-kurangnya 25 kanak-kanak adalah antara yang terkorban. Dianggarkan 40 orang hilang di bawah runtuhan bangunan.
Sumber: The Palestine Chronicles, Al Jazeera