Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir telah meletakkan jawatan secara rasmi semalam sebaik sahaja gencatan senjata di Gaza berkuat kuasa semalam.
Beberapa menteri yang lain dari Parti Otzma Yehudit seperti Menteri Warisan, Amichai Eliyahu dan Menteri Negev, Galilee dan Ketahanan Negara, Yitzhak Wasserlauf dilaporkan turut menghantar surat perletakan jawatan kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu susulan daripada pengunduran Ben-Gvir.
Ben-Gvir menegaskan:
“Kami tidak akan kembali menyertai kerajaan tanpa kemenangan mutlak menentang HAMAS dan menyedari objektif perang ini.”
Berdasarkan undang-undang, pengunduran Parti Otzma Yehudit dari kerajaan dan parti koalisi akan berkuat kuasa dalam tempoh 48 jam. Pun begitu, Israel masih bertahan dengan 62 kerusi daripada 120 kerusi di Knesset.
Pengunduran Ben-Gvir telah diumumkan lebih awal pada 17 Januari apabila dia mengugut Netanyahu untuk tidak meluluskan rundingan gencatan senjata dengan HAMAS. Bagaimanapun, di dalam mesyuarat kabinet pada Sabtu, kerajaan Israel sebulat suara menyokong rundingan gencatan senjata dengan 24 undi dan 8 undian menentang.
Gencatan senjata di Gaza berkuat kuasa pada jam 2.30 petang waktu Malaysia (8.30 pagi waktu Gaza) dengan tiga orang tawanan Israel dibebaskan HAMAS dan 90 orang tahanan penjara Israel telah dibebaskan.
Sumber: Daily Sabah, Jerusalem Post, Al Jazeera