Bekas Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir, yang terkenal dengan kenyataan kontroversi dan provokasi terhadap rakyat Palestin, menyambut baik cadangan Trump untuk "mengosongkan" Gaza.
"Tahniah kepada Presiden AS Trump atas inisiatif untuk memindahkan penduduk Gaza ke Jordan dan Mesir,"
kata Ben-Gvir, yang meletak jawatan awal bulan ini sebagai tanda protes terhadap perjanjian gencatan senjata di Gaza.
"Salah satu tuntutan kami kepada Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu adalah untuk menggalakkan penghijrahan sukarela. Apabila presiden kuasa terbesar dunia, Trump sendiri mencadangkan idea ini, adalah bijak untuk kerajaan Israel melaksanakannya – galakkan penghijrahan sekarang!"
Namun, rakyat Palestin telah lama menolak cadangan untuk meninggalkan tanah dan kediaman mereka, walaupun berhadapan dengan serangan berterusan, pencerobohan penempatan haram, serta ketidakstabilan ekonomi.
Sumber: Al Jazeera