Latest News

Stay updated with the latest developments and news

BEN GVIR UGUT MAHU BUBARKAN PENTADBIRAN PALESTIN

"Tindakan mengenakan sekatan ke atas warga Israel yang telah pun bermula merupakan pencabulan teruk terhadap kedaulatan Israel," ujar Ben-Gvir dalam satu temubual bersama Jerusalem Post.

Kenyataan Menteri Keselamatan Israel itu jelas ditujukan kepada Amerika Syarikat. Difahamkan pentadbiran Joe Biden sedang mempertimbangkan sekatan ke atas Ben-Gvir dan Menteri Kewangan, Bezalel Smotrich susulan daripada keputusan polisi mereka untuk meluaskan lagi penempatan haram Israel di Tebing Barat yang terjajah.

Ben-Gvir memberi amaran kepada AS untuk tidak mengambil langkah yang sia-sia ke atas mana-mana menteri ultranasionalis, termasuk dirinya kerana jika sekatan itu berlaku, dia tidak teragak-agak untuk bubarkan Pihak Berkuasa Palestin (PA), termasuk seluruh institusi dan ekonominya.

Sebagai rekod, pada akhir Jun, Knesset telah bersetuju untuk menambah lagi 5,000 buah unit kediaman haram dan 5 pos kawalan di Tebing Barat.

Sumber: AlJazeera, Anadolu Ajansi

Written by
Admin
Published on
July 21, 2024