Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menegaskan penentangan terhadap mana-mana sekatan yang dikenakan terhadap mana-mana unit tentera Israel yang didakwa mencabuli hak asasi manusia.

Menurut laporan terbaharu, Washington merancang untuk mengenakan sekatan ke atas unit ketenteraan Israel, Netzah Yehuda yang aktif beroperasi di Tebing Barat. Keganasan dan kerosakan yang dilakukan Netzah Yehuda semakin melampau; menjadi perhatian sejak sebelum perang 7 Oktober 2023.

Keadaan itu menyebabkan Amerika Syarikat (AS) untuk tidak berdiam diri kerana kekejaman Israel di Tebing Barat dilihat telah melanggar undang-undang AS - Larangan terhadap sebarang bentuk bantuan ketenteraan terhadap individu atau unit pasukan tentera yang melanggar hak asasi manusia.

“Jika sesiapa berpendapat mereka boleh mengenakan sekatan ke atas satu unit IDF (Pasukan Pertahanan Israel) – saya akan menentangnya habis-habisan,” ujar Netanyahu dalam satu kenyataan.

Menteri kabinet perang Israel, Benny Gantz berharap Setiausaha Negara AS, Antony Blinken dapat mempertimbangkan semula perkara itu kerana: pertama - sekatan yang mahu dilaksanakan boleh memudaratkan keabsahan Israel semasa perang; kedua - Israel mempunyai sistem keadilan bebas dan memiliki unit pasukan yang mematuhi undang-undang antarabangsa.

Sumber: Reuters

Written by
Admin
Published on
April 22, 2024