BIDEN TARIK DIRI, TUMPUAN KINI KEPADA KAMALA HARRIS
Dalam sebuah perkongsian di laman media sosial, X, Presiden Amerika Syarikat (AS) mengesahkan dirinya akan mengundur diri dari pilihan raya dan memberi tumpuan kepada tugasnya bagi penggal yang berbaki.
"Saya percaya ia adalah demi kepentingan parti dan negara untuk saya mengundurkan diri dan memberi tumpuan sepenuhnya terhadap tugas sebagai Presiden bagi baki penggal saya."
Keputusan yang diumumkan pada hari ini (waktu Malaysia) disusuli dengan cadangan Kamala Harris sebagai penggantinya untuk penggal akan datang.
Sekiranya Harris memenangi pilihanraya ini, AS akan menyaksikan presiden wanita pertama dalam sejarah negara itu. Bagaimanapun, sokongan Biden terhadap Harris belum menjaminkan wanita itu sebagai pemimpin AS.
Sebelum ini, Harris telah memenangi pemilihan Senat AS pada 2016, menjadikannya sebagai senator pertama daripada keturunan Asia Selatan dan Afrika Amerika yang menyertai Kongres dari negeri itu.
Prestasi Biden sebagai pemimpin semakin memburuk apabila jawapannya di dalam perdebatan bersama Trump tempoh hari sangat tidak masuk akal. Hal itu menyebabkan Biden menerima tekanan yang tinggi dari kalangan rakan sekutu Demokrat.
Buat masa sekarang, Biden dilaporkan sedang berehat di Rehoboth Beach, Delaware selepas dijangkiti COVID-19.
Sumber: AP News, CBS News