Latest News

Stay updated with the latest developments and news

BRAZIL SOKONG EKONOMI PALESTIN MELALUI PERJANJIAN PERDAGANGAN MERCOSUR

Presiden Brazil, Lula da Silva telah meluluskan perjanjian perdagangan bebas di antara blok negara-negara Amerika Selatan Mercosur dengan Palestin pada Jumaat lalu.

Difahamkan perjanjian itu telah ditandatangani Palestin pada 2011 tanpa sebarang kelulusan dari Mercosur. Namun, dalam perkembangan terkini, Brazil menjadi negara pertama di dalam blok itu yang meluluskan perjanjian tersebut.

Tindakan terkini Brazil sebenarnya akan membantu dalam mengukuhkan ekonomi Palestin selepas mereka membenarkan penubuhan kedutaan Palestin ada 2010. Brazil jugalah antara negara yang menyokong Afrika Selatan di dalam kes genosid di Gaza di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ).

Mercosur merupakan blok politik dan ekonomi yang ditubuhkan pada 1991. Ia terdiri daripada beberapa negara lain selain Brazil iaitu Argentina, Paraguay, Uruguay, Argentina, Venezuela (digantung sejak 1 Disember 2016) dan Bolivia. Manakala negara bersekutu: Chile, Colombia, Ecuador, Guyana, Peru dan Suriname.

Bagaimanapun, masih belum pasti sama ada negara-negara itu akan mengikut jejak Brazil.

Sumber: Reuters, TRT World

Written by
Admin
Published on
July 10, 2024