Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) telah kongsikan satu rakaman video pasukan ambulans kecemasan mereka yang mengangkut mangsa yang maut dan cedera ke hospital selepas serangan udara Israel di timur kem pelarian Jabalia, utara Gaza.
Serangan tersebut menyebabkan kesyahidan seorang penduduk Gaza dan tiga yang lain cedera, termasuk seorang kanak-kanak.
Terdahulu, PRCS ada memberitahu bahawa campur tangan pihak antarabangsa diperlukan segera untuk mengakhiri pencerobohan Israel yang mencetuskan bencana kemanusiaan yang semakin teruk di Semenanjung Gaza.
Sumber: Al Jazeera