Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Sebuah dron buatan Israel yang dikendalikan oleh Pengawal Pantai Hellenic Greece berlegar di atas kapal Madleen pada awal pagi Rabu.

Ahli jawatankuasa pemandu Freedom Flotilla Coalition yang berada di atas kapal Madleen, Thiago Avila melaporkan ancaman dron baharu terhadap misi kemanusiaan mereka kira-kira 57km (35 batu) dari Greece di perairan antarabangsa.

“Kali ini dron tersebut datang lebih dekat berbanding sebelum ini dan terbang melintasi kapal kami. Ini merupakan satu ANCAMAN KRITIKAL memandangkan sebulan lalu Israel telah mengebom kapal kami dalam keadaan seperti ini pada waktu yang hampir sama,”

tulisnya dalam satu hantaran di Instagram.

Buat masa ini, sumber sebenar dron itu masih belum disahkan.

Sumber: Al Jazeera

Written by
Admin
Published on
June 5, 2025