Buat pertama kali, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengaku bertanggungjawab terhadap letupan alat kelui (pager) berskala besar yang menggegarkan Lubnan hampir dua bulan lalu, lapor Anadolu Ajansi.
Insiden yang berlaku pada 17 dan 18 September yang lalu menyebabkan sekurang-kurangnya 26 orang terbunuh dan lebih 3,200 yang lain cedera apabila beribu-ribu alat kelui meletup di beberapa kawasan di seluruh Lubnan, termasuk Syria.
"Terdapat beberapa pegawai kanan di dalam unit pertahanan bertanggungjawab terhadap mereka yang menentang operasi alat kelui, serta penyingkiran pemimpin Hizbullah, Hassan Nasrallah," ujar Netanyahu di dalam mesyuarat Kabinet pada Ahad.
"Sebelum operasi alat kelui, mereka memberitahu saya bahawa AS akan menentang perancangan tersebut tetapi saya mengingkari arahan mereka," tambahnya. Sebagai rekod, Nasrallah telah diserang bunuh dalam serangan udara Israel di selatan Beirut pada 27 September.
Ini adalah kali pertama seorang pegawai tertinggi Israel secara terbuka mengakui bertanggungjawab ke atas letupan besar-besaran peranti komunikasi tanpa wayar di Lubnan.
Sumber: Middle East Monitor, The Times of Israel