EKONOMI ISRAEL GOYAH
Akhbar Ibrani, Maariv mendedahkan bahawa sebanyak 46,000 perniagaan Israel terpaksa dihentikan ekoran daripada perang yang meletus sejak 7 Oktober 2023.
Penutupan lambakan perniagaan di negara haram Israel itu membuktikan negara itu berdepan dengan tekanan ekonomi dan diambang kejatuhan.
Menurut Maariv lagi, kira-kira 77 peratus atau sekitar 35,000 daripada jumlah perniagaan yang terjejas adalah perniagaan sederhana kecil. Kelompok perniagaan jenis ini dikhabarkan telah berhenti beroperasi sejak awal perang Taufan al-Aqsa.
Ketua pegawai eksekutif firma pengurusan risiko kredit, CofaceBdi iaitu Yoel Amir memberitahu, industri yang paling berisiko adalah seluruh ekosistem industri pembinaan seperti seramik, penghawa dingin, aluminium, penghasilan bahan keperluan; industri fesyen; perabot; peralatan rumah; hiburan; pengangkutan; dan pelancongan.
Tidak cukup dengan itu, sektor maritim, tanaman dan pendidikan turut terjejas sejak perang meletus di Gaza.
Faktor penentangan terhadap penjajahan haram Zionis dari gerakan Islam seperti HAMAS, Hezbollah, dan Yaman menyebabkan ekonomi Israel benar-benar di hujung tanduk. Malah tidak keterlaluan untuk mengatakan ia mencerminkan kenyataan pemimpin Hezbollah, Hassan Nasrallah pada 10 Julai, "Matlamat kami untuk meruntuhkan ekonomi musuh... telah tercapai."
Yoel mengjangkakan sebanyak 60,000 lagi perniagaan Israel akan ditutup menjelang hujung 2024.
Sumber: The Cradle