Erdogan: Tiada Tempat yang Selamat Selagi Pencerobohan Israel Tidak Dihentikan
“Tiada daerah di rantau kami, termasuk Turki boleh aman selagi pencerobohan Israel tidak dihentikan,” kata Erdogan selepas mesyuarat kabinet semalam di Ankara.
Erdogan juga menyatakan bahawa retorik Israel, serta serangannya ke atas Lubnan amat membimbangkan terhadap masa depan rantau ini.
Beliau juga mengulas mengenai dasar luar Turki dengan berkata, “Kami tidak teragak-agak untuk bertemu dengan sesiapa yang diperlukan.”
Sumber: Al Jazeera