Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Kerajaan Israel telah mengarahkan semua syarikat penerbangan untuk tidak membenarkan warganegara Israel yang berada dalam wilayah pendudukan menaiki pesawat penyelamat, lapor media ekonomi Israel, The Marker. Menurut arahan baharu pada minggu ini, penerbangan menyelamat hanya dikhususkan untuk rakyat Israel yang terkandas di luar negara. 

Pihak berkuasa mendakwa langkah ini diambil bagi mengelakkan kesesakan di Lapangan Terbang Ben Gurion dan mengurangkan risiko kematian besar-besaran jika berlaku insiden panik ketika warga Israel cuba meninggalkan negara itu dalam keadaan darurat.

Dianggarkan antara 100,000 hingga 200,000 rakyat Israel berada di luar negara dan masih menunggu penerbangan pulang. Sebaliknya, warga Israel yang ingin melarikan diri dari dalam negara kini tidak dibenarkan keluar.

Syarikat penerbangan kebangsaan Israel, El Al dan anak syarikatnya, Sun Dor telah mengumumkan pembatalan semua penerbangan berjadual sehingga hari Khamis.

“Tindakan ini sejajar dengan arahan pihak berkuasa keselamatan dan penerbangan,” kata kenyataan rasmi syarikat itu.

Tindakan mengejut ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk haram Israel yang ingin meninggalkan negara itu di tengah-tengah ketegangan serantau dan operasi ketenteraan yang berterusan.

Walaupun kerajaan menyatakan bahawa langkah ini demi keselamatan, pengkritik melihatnya sebagai satu bentuk hipokrasi, memandangkan strategi perang Israel sering menempatkan warganya sendiri di kawasan berisiko tinggi.

Israel sering menuduh pejuang Palestin menggunakan orang awam sebagai perisai hidup. Namun, realiti di lapangan menunjukkan bahawa pusat komando tentera, pusat perisikan dan kem tentera utama Israel dibina di tengah-tengah kawasan kediaman awam seperti di Tel Aviv dan Be’er Sheva.

Kemudahan ketenteraan itu dikelilingi oleh pusat beli-belah, sekolah, hospital dan pangsapuri; dan dilindungi oleh kehadiran orang awam sebagai ‘perisai tidak rasmi’, bukan tembok konkrit.

Situasi yang sama berlaku di kawasan pendudukan Tebing Barat. Komuniti penduduk haram, termasuk keluarga dan kanak-kanak diletakkan di tengah zon konflik, berperanan sebagai ‘kubu pertahanan hidup’ dalam strategi penjajahan Israel.

Penduduk haram Israel, majoritinya pada hari ini bersenjata dan tinggal berhampiran pos tentera, menjadikan mereka bukan sahaja sasaran berisiko tetapi juga alat pertahanan strategik untuk mempertahankan wilayah jajahan.


Sumber: Quds News Network

Written by
Admin
Published on
June 17, 2025