Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Presiden Finland berkata bahawa Majlis Keselamatan PBB telah gagal dalam tugas utamanya untuk memelihara keamanan negara sambil menambah bahawa beliau akan memberi tiga cadangan, termasuk menghapuskan kuasa veto anggota Majlis Keselamatan PBB, lapor Agensi Anadolu.

“Tugas utama UNSC (Majlis Keselamatan) adalah untuk memelihara keamanan negara dan sejujurnya, kalian telah gagal berbuat demikian,” katanya.

Kemudian Presiden Finland berkata bahawa beliau akan memberi tiga cadangan untuk reformasi dalam Majlis Keselamatan PBB pada hari Rabu ini.

“Yang pertama adalah untuk mengembangkannya kepada lima ahli, satu dari Amerika Latin, dua dari Afrika dan dua dari Asia. Cadangan kedua saya ialah kuasa veto semua anggota tetap dan tidak tetap Majlis Keselamatan harus dimansuhkan.”

Beliau juga menambah: "Yang ketiga ialah jika seorang anggota Majlis Keselamatan PBB secara terang-terangan melanggar Piagam PBB, hak mengundinya di dalam Majlis Kesalamatan PBB harus digantung."

Sumber: Middle East Monitor

Written by
Admin
Published on
September 24, 2024