"FREE PALESTINE!", PELAJAR PHD DIHALAU UAE
Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah menghalau seorang graduan PhD dari Universiti New York cawangan Abu Dhabi selepas beliau melaungkan "Free Palestine!" sambil memakai kefiyeh dalam sebuah majlis graduasi pada Mei.
Difahamkan kejadian itu berlaku ketika beliau mahu menerima skrol PhD di atas pentas. Beberapa hari kemudian, beliau dihalau dari negara itu, menunjukkan UAE tiada kompromi di dalam kebebasan bersuara hal politik.
Meskipun kejadian itu berlaku pada Mei, ia mula tular pada minggu ini susulan daripada alumni Universiti New York tampil untuk mendedahkan kebenaran.
Menurut salah seorang alumni Universiti New York, Jacqueline Hennecke yang juga graduan pada Mei lalu, memberitahu bahawa universiti itu telah mengemelkan kepada semua pelajar untuk tidak memakai sebarang pakaian tradisional sepanjang majlis graduasi.
Menerima tekanan dan kritikan terhadap kecuaian keselamatan pelajar, Universiti New York menjelaskan mereka tiada hak ke atas undang-undang atau mana-mana imigresen negara.
Sumber: MEMO, Tehran Times