Ketua jurucakap tentera rejim Zionis, Daniel Hagari, telah menggambarkan Gaza sebagai 'salah satu medan perang paling sukar di dunia.'
“Kami telah merancang pelan perang yang dianggarkan kira-kira untuk setahun pertempuran. Dalam tahun ini, buat pertama kali kami akan berurusan dengan pusat kuasa terbesar Hamas, yang kebanyakannya berada di utara Gaza dan Khan Yunis", katanya menurut laporan laman web Berita Nasional Israel.
“Gaza mungkin salah satu medan perang paling sukar di dunia, dari segi kepadatan penduduknya dan terowong yang digali Hamas di bawah tanah."
Menurut data tentera Israel, seramai 614 pegawai dan askar Israel telah terbunuh, dan lebih 3,362 telah cedera, sejak 7 Oktober tahun lalu, lapor Middle East Monitor (MEMO).
Sumber: The Palestine Chronicles