Jurucakap Kementerian Luar Qatar mengumumkan bahawa gencatan senjata di Gaza akan bermula pada Ahad, jam 8:30 pagi waktu Palestin (06:30 GMT), lebih awal daripada jadual asal pada 12:15 tengah hari. Jam 2:30 petang waktu Malaysia.
“Kami menasihatkan saudara-saudara kami untuk tetap berwaspada, berhati-hati sepenuhnya, dan menunggu arahan daripada sumber rasmi,” tulis jurucakap Majed al-Ansari dalam hantaran di X dalam bahasa Arab.
Pada hari yang sama, pembebasan tahanan Israel dan Palestin dijangka berlangsung pada jam 4:00 petang. Sementara itu, Israel akan menghentikan aktiviti udaranya selama 12 jam bagi memudahkan proses pemindahan tahanan.
Sumber: Al Jazeera, Quds News Network