Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Tentera rejim Zionis memuat naik rakaman visual penculikan 240 orang awam Palestin termasuk pesakit dan kakitangan perubatan semasa menyerbu Hospital Kamal Adwan pada pagi Jumaat yang lepas.

Rakaman visual itu termasuk imej Dr. Hussam Abu Safiya, pengarah Hospital Kamal Adwan. Beliau dituduh oleh tentera rejim Zionis sebagai seorang ‘pengganas’ dan beliau dipanggil oleh pasukan rejim Zionis untuk disoal siasat selepas hospital itu dikepung dan diserang.

Dr Muneer Al-Borsh, pengarah Kementerian Kesihatan Gaza mengesahkan bahawa mereka masih tidak mengetahui nasib orang awam dan kakitangan perubatan yang diculik semasa tentera rejim Zionis menyerbu Hospital Kamal Adwan.

Tentera rejim Zionis turut menyasarkan kawasan di sekitar Hospital Kamal Adwan dan bangunan kediaman di Beit Lahiya, utara Semenanjung Gaza.

Sumber: Al Jazeera, Quds News Network

Written by
Admin
Published on
December 30, 2024