Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres berkata penyerahan mayat tawanan Israel oleh HAMAS telah melanggar undang-undang antarabangsa. Beliau mengecam tindakan HAMAS yang dikatakan 'memperagakan' mayat tawanan Israel semasa upacara penyerahan pada Khamis.  

Dalam satu hantaran di media sosial, Guterres menyatakan bahawa paparan umum keranda tersebut melanggar undang-undang antarabangsa.  

“Saya mengecam tindakan memperagakan mayat dan mempamerkan keranda tawanan Israel yang telah meninggal dunia oleh HAMAS pada Khamis,” kata Guterres.  

“Di bawah undang-undang antarabangsa, sebarang penyerahan semula jenazah mestilah mematuhi larangan terhadap layanan yang kejam, tidak berperikemanusiaan atau menjatuhkan maruah, serta memastikan penghormatan terhadap maruah si mati dan keluarga mereka,” tambahnya.

Sumber: Al Jazeera

Foto: X Antonio Guterres

Written by
Admin
Published on
February 21, 2025