Abu Ubaidah, jurucakap Briged Al-Q, sayap tentera HAMAS, mengesahkan bahawa kumpulan itu akan membebaskan tiga tawanan Israel pada hari Khamis.
“Sebagai sebahagian daripada perjanjian pertukaran tahanan Taufan Al-Aqsa, Briged Al-Q telah memutuskan untuk membebaskan tawanan Israel berikut esok, Khamis, 30 Januari 2025: Arbil Yehud, Agam Berger, dan Gadi Moshe Moses.”
Saluran 12 Israel melaporkan bahawa tahanan Palestin yang akan dibebaskan oleh Israel adalah seperti berikut:
⚫ 30 tahanan yang dihukum penjara seumur hidup dan 20 lagi dengan tempoh berbeza sebagai pertukaran dengan tahanan tentera Israel, Agam Berger.
⚫ 30 kanak-kanak dan seorang wanita sebagai pertukaran tentera Israel, Arbel Yehud.
⚫ 30 tahanan—termasuk 27 yang dihukum dengan tempoh berbeza dan 3 yang dihukum penjara seumur hidup—sebagai pertukaran dengan tentera IsraelGadi Moses.
Dengan itu, 110 tahanan Palestin akan dibebaskan dan pembahagian tahanan adalah seperti berikut:
⚫ 33 tahanan dihukum penjara seumur hidup
⚫ 47 tahanan dihukum dengan tempoh berbeza
⚫ 30 kanak-kanak dan seorang wanita
Pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu kemudiannya menyatakan bahawa Israel telah menerima senarai tahanan yang dijadualkan dibebaskan dari Gaza, termasuk tiga warga Israel dan lima warga Thailand.
Sumber: Al Jazeera, The Palestine Chronicles