Nader Fakhouri, pegawai media dari Pejabat Syahid, Cedera dan Tahanan HAMAS memberitahu bahawa Israel dijangka membebaskan 200 orang tahanan Palestin, termasuk mereka yang menjalani hukuman penjara seumur hidup dan hukuman penjara tinggi sebagai pertukaran kepada pembebasan empat tentera wanita Israel pada Ahad, 26 Januari 2025.
Makluman daripada Fakhouri juga selari dengan kenyataan oleh Pejabat Media Tahanan yang berkerjasama dengan HAMAS.
Fakhouri juga menambah bahawa bahagian kedua fasa pertama perjanjian HAMAS dengan Israel akan bermula pada Sabtu, 25 Januari 2025:
Pada hari Sabtu, HAMAS akan mengumumkan nama tawanan Israel untuk dibebaskan dan sebagai balasan, Israel akan memberi senarai tahanan Palestin untuk dibebaskan.
Berdasarkan kedua-dua senarai ini, pelaksanaan sebenar akan berlangsung pada keesokkannya dengan pembebasan tahanan Palestin dan penyerahan tawanan Israel.
Perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui pada Rabu lalu menetapkan bahawa seorang tentera wanita Israel bersamaan dengan 30 tahanan Palestin yang menjalani hukuman penjara seumur hidup dan 20 dengan hukuman penjara yang tinggi. Menjelaskan kepada perkara ini, Fakhouri memberitahu bahawa sekiranya bilangan tentera wanita Israel lebih rendah, jumlah tahanan Palestin yang dibebaskan juga akan berkurangan.
Sumber: MEMO, Anadolu Ajansi