Kami di Gerakan Perjuangan Islam (HAMAS) menghargai pendirian tegas Republik Arab Mesir dan Kerajaan Jordan yang menolak sebarang bentuk pengusiran rakyat Palestin, atau usaha untuk memindahkan mahupun mengusir mereka dari tanah air sendiri atas apa jua alasan atau justifikasi.
Dalam masa yang sama, kami menegaskan bahawa rakyat Palestin tetap berdiri teguh pada tanah air mereka dan menolak segala bentuk pemindahan atau pengusiran. Kami menyeru Liga Arab dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menyatakan penolakan tegas terhadap semua bentuk pengusiran rakyat Palestin dan memberikan sokongan kepada hak-hak nasional mereka dalam menubuhkan sebuah negara Palestin yang merdeka dan Baitul Maqdis sebagai ibu kota.
Gerakan Pejuang Islam – HAMAS
Ahad: 26 Rejab 1446H
Bersamaan: 26 Januari 2025