Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Rakaman yang dimuat naik di media sosial oleh seorang tentera rejim Israel menunjukkan jentera mereka dan kemusnahan yang dilakukan ke atas kem pelarian Jabalia di utara Gaza.


Anggota biro politik H***S, Izzat al-Rishq berkata bahawa pasukan Mujahidin Palestin akan tetap teguh dalam menghadapi serangan tentera rejim Israel di kem pelarian Jabalia yang telah berterusan sejak enam hari lalu, lapor agensi berita Anadolu.


Sejak 6 Oktober 2024, tentera rejim Israel telah mengepung ketat ke atas kem Jabalia untuk menjajah kawasan utara Gaza.


Dalam satu kenyataan, Rishq berkata:

“Pilihan rakyat kita akan sentiasa kekal. Tetap teguh di lapangan dan akan sentiasa menentang pencerobohan tentera rejim Israel.”

“Mereka yang berpegang teguh pada tanah mereka dan mempertahankan hak mereka akan mendapat kejayaan, manakala musuh ini hanya akan mendapat kekecewaan, kegagalan dan kekalahan berulang kali,” tambahnya.

Tentera rejim Israel telah memberi amaran kepada rakyat Palestin di Jabalia, Beit Hanoun, dan Beit Lahia untuk mengosongkan rumah mereka dan bergerak ke selatan. Bagaimanapun, pihak berkuasa Gaza memberitahu penduduk Gaza untuk tidak mematuhi amaran tersebut dan melabelkan amaran ini sebagai penipuan dan pembohongan.

Ini merupakan operasi darat ketiga oleh tentera rejim Israel di Jabalia sejak bermulanya perang yang berterusan pada 7 Oktober 2023.

Sumber: Middle East Monitor

Written by
Admin
Published on
October 13, 2024