Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Pegawai tertinggi HAMAS, Khalil Al-Hayya mengumumkan bahawa gerakan tersebut akan menyerahkan mayat empat tahanan Israel pada Khamis, 20 Februari dan enam tahanan yang masih hidup akan dibebaskan pada Sabtu, 22 Februari.

Khalil Al-Hayya mengesahkan bahawa antara mayat yang akan dipulangkan adalah ahli keluarga Bebas dengan syarat Israel membebaskan tahanan Palestin mengikut perjanjian tersebut. Beliau juga menambah bahawa baki mayat akan diserahkan pada minggu keenam pelaksanaan perjanjian ini.

Enam tahanan Israel yang masih hidup akan dibebaskan termasuk Hisham al-Sayed dan Avera Mengistu. Al-Hayya menekankan komitmen penuh HAMAS untuk melaksanakan perjanjian ini, sambil menyatakan bahawa Israel di bawah pimpinan Benjamin Netanyahu masih gagal memenuhi kewajipan, terutamanya dalam soal kemanusiaan seperti membenarkan bantuan dan jentera berat untuk mengeluarkan jenazah dari bawah runtuhan.

Sumber: The Palestine Chronicles, Middle East Eye

Written by
Admin
Published on
February 19, 2025