HAMAS telah menegaskan bahawa perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan di Gaza boleh dicapai tetapi Israel perlu berjanji untuk tidak mengenakan syarat tambahan yang menghalang kepada usaha tersebut.
“Perbincangan serius dan positif sedang berlangsung di Doha hari ini di bawah pemerhatian Qatar dan Mesir. Gencatan senjata dan pertukaran tahanan boleh dilakukan jika Israel berhenti memperkenalkan syarat baharu,” kata HAMAS.
Pada masa yang sama, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dilaporkan sedang menuju ke Mesir daripada Vatican susulan daripada jemputan segera.
Berdasarkan sumber yang dimaklumkan kepada Reuters, perjanjian gencatan senjata boleh dimuktamadkan dalam beberapa hari akan datang. Sumber yang sama juga memberitahu bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sedang menuju ke Kaherah untuk perbincangan mengenai Gaza.
Bagaimanapun, jurucakap Netanyahu menafikan dakwaan ini. Jelasnya, berita tersebut tidak mencerminkan keberadaan Netanyahu yang tidak berada di Kaherah.
Sementara itu, terdapat beberapa gambar yang tersebar, membuktikan Netanyahu sedang berada di Dataran Tinggi Golan Syria bersama Menteri Keselamatan Israel, Katz dan Ketua Staf Herzi Halevi.
Sumber: The Palestine Chronicles